Wednesday, 25 December 2013

Menghargai apa yang ada di depan mata

Sesuatu yang ada di depan mata seharusnya dihargai sebelum kehilangan. Penghargaan adalah sesuatu yang ikhlas dari hati dan ianya tidak perlu dibuat-buat. Ianya bukanlah diharapkan sangat oleh semua insan, cukup sekadar menghargai dan tidak saling melukai perasaan masing-masing. Jangan sampai terjadinya sesuatu bak kata pepatah, yang dikejar tak dapat yang dikendong keciciran.

Sunday, 22 December 2013

Cuti-cuti: The Sydney Tower Eye

Satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan apabila menjejakkan kaki di The Syedney Tower Eye. Tower setinggi 309 meter telah dibina pada 1981. Berpusing-pusing kami mencari pintu masuk tower ni. Rupa-rupanya ia terletak di aras 5, Westfield Centre 100 Market St, Sydney.

.........Saksikan permandangan dari The Sydney Tower Eye.....










Selamat Tahun Baru 2014

Tahun 2013 hampir melabuhkan tirai tidak sampai 10 hari lagi. Pelbagai dugaan dan rintangan yang kita alami sepanjang tahun ini. Semua itu adalah pengalaman yang akan mematangkan kita untuk meneruskan perjalanan hidup. Pastinya azam tahun ini telah tercapai sepenuhnya atau sebahagiannya. Jika mana-mana azam yang belum tercapai, bolehla dibawa ke tahun hadapan untuk dipenuhi. Semoga tahun baru ini akan membawa seribu kerahmatan dalam hidup kita.

Hidup Harus diteruskan

Dalam hidup ini, terlalu banyak yang kita perlu fikirkan. Mengenai ibu bapa, suami/isteri, anak-anak dan terutamanya diri sendiri. Kita tidak mampu untuk memenuhi kehendak semua orang. Tapi yang penting, kita mampu berfikir untuk bagaimana memenuhi kehendak setiap orang. Kadang kala kita terpaksa melukakan hati seseorang atau hati kita sendiri untuk menggembirakan hati insan yang lain. Inilah lumrah alam yang mana kita tidak mampu memenuhi kehendak setiap orang disekeliling kita 100%.