Bahan:
4 biji telur
2 cawan biskut merry (dikisar)
2 cawan gula
1 cawan marjerin
1 sudu sodium bikarbonat
2 paket "Haw Flakes"
3 botol pewarna (2 pun boleh)
Cara-cara:
Masukkan gula dan marjerin dalam 'mixer'. Putar hingga sebati, dan masukkan telur sedikit demi sedikit dan putar lagi.
Selepas sebati, masukkan biskut merry yang telah dihancurkan dalam adunan tadi dan kacau hingga rata.
Asingkan kepada 3 adunan dan masukkan pewarna untuk setiap adunan yang telah diasingkan tadi.
Kukus setiap lapisan dengan warna adunan secara berselang-seli dan susunkan "Haw Flakes" di atas setiap lapisan tersebut.
Tempoh masa: 45 minit
Hasilnya......
"Haw Flakes" yang diatas kek tu saje je letak sebab nak menghabiskan "Haw Flakes" yang ada. Dah alang-alang nak simpan.
Setelah dipotong, inilah hasilnya.......................
Sedap dimakan waktu panas sebab lembut aje tekstur keknya. Memang tak sempat simpan,
No comments:
Post a Comment