Tuesday 17 February 2015

Menukar Teks ke Suara 'Voice-Over'

Satu ilmu baru dapat hari ini..Bunyi agak menarik, iaitu menukar teks kepada suara, Lebih menarik lagi ia dapat digunakan dalam kelas dan boleh dikatakan sesuai untuk para pendidik. Kita boleh menggunakan 'software' ini untuk menukarkan teks yang ada kepada bentuk suara dan disimpan untuk digunakan bila perlu.

"Software" Balabolka ini ada percuma, fail berformat besar boleh digunakan dan pelbagai jenis fail boleh disimpan iaitu WAV, MP3, MP4, OGG atau WMA

Tapi software ni hanya sesuai untuk menukar teks dalam bahasa Inggeris sahaja kerana slag yang digunakan adalah slang united states.



Monday 3 November 2014

Rawatan

Kesian kat kakak Syasya ni, muka dia ada 3 biji ketuat. Tak tau dari mana datangnya. Dah pergi klinik dan sapu krim, masih tiada sebarang perubahan. Sampai kawan2 sekolah dia tak nak kawan dengan dia sbb katanya muka dia ada biji-biji. Nampak tak ada 3 biji ketuat kata tulang hidung, bawah mata kiri dan bawah mulut. Dr kata ini terjadi disebabkan persekitaran yg ada virus. Tak tau apa nama saintifik penyakit ni..



2 bulan lepas ada kawan cadangkan pergi ke Klinik Kulit & Keluarga (Dr Farhat Ayaz) di Kota Damansara. Ni antara ubat yang dapat.


Dua minggu selepas rawatan....Boleh nampak, biji bawah mata telang hilang. di batang hidung dan bawah mulut masih ada sedikit kesan.

Ini gambar sekarang yang boleh dikatakan tinggal parut sahaja. Alhamdulillah..........








Kek Masam Manis

Hari ini kita cerita mengenai kek pula. Kek kita hari ini Kek Kukus Masam Manis. Ini ada resepi yang kita ambil dari mak mertua kita. Kita tak pakai tepung langsung, hanya biskut merry yang dikisar dan beberapa bahan yang lain. Antara bahan-bahan yang diperlukan adalah:

Bahan:
4 biji telur
2 cawan biskut merry (dikisar)
2 cawan gula
1 cawan marjerin
1 sudu sodium bikarbonat
2 paket "Haw Flakes"
3 botol pewarna (2 pun boleh)

Cara-cara:
Masukkan gula dan marjerin dalam 'mixer'. Putar hingga sebati, dan masukkan telur sedikit demi sedikit dan putar lagi.
Selepas sebati, masukkan biskut merry yang telah dihancurkan dalam adunan tadi dan kacau hingga rata.
Asingkan kepada 3 adunan dan masukkan pewarna untuk setiap adunan yang telah diasingkan tadi.
Kukus setiap lapisan dengan warna adunan secara berselang-seli dan susunkan "Haw Flakes" di atas setiap lapisan tersebut.

Tempoh masa: 45 minit


Hasilnya......

"Haw Flakes" yang diatas kek tu saje je letak sebab nak menghabiskan "Haw Flakes" yang ada. Dah alang-alang nak simpan.


Setelah dipotong, inilah hasilnya.......................

Sedap dimakan waktu panas sebab lembut aje tekstur keknya. Memang tak sempat simpan,





Tuesday 1 April 2014

Jalan-Jalan Sabah (Perjalanan ke Gunung Kinabalu)

Perjalanan ke Gunung Kinabalu

Pemandangan sekitar sepnajang perjalanan kami ke Gunung Kinabalu...Penuh dengan kehijauan..Sejuk mata memandang..




Kami sampai di Kinabalu Park Complex


Menginap di Sutera Sanctuary Lodges Mesilau Nature Resort....




Bergambar dulu di luar kawasan penginapan..agak sejuk juga di sini....


Rasanya tu macam puncak Gunung kinabalu aje....ada beberapa lagi gambar puncak gunung yang sempat diambil....






Jalan-Jalan Sabah (Pulau Sapi)

Pulau Sapi

Sambungan dari Pulau Manukan, kita bergerak ke Pulau Sapi pula...


Permandangan sekitar pulau...........






Sudah mau bergerak pulang ke KK...muka sedih...sbb nak tinggalkan pulau....


Jalan-Jalan Sabah (Pulau Manukan)

Jalan-Jalan ke Pulau

Ini adalah antara kaunter-kaunter tiket yang menawarkan pakej ke pulau-pulau sekitar Sabah...


Tengah deal harga dan decide nak ke pulau mana...Keputusannya...kami ke Pulau Manukan dan Pulau Sapi dengan menyewa 1 bot...Kelebihan yang kami dapat dengan menyewa 1 bot ni adalah, kami boleh pilih waktu dan tempoh untuk berapa di satu pulau...pendek kata,ikut waktu kitala....


Jom kita mandi manda di pulau....


Sampai sudah..pulau pertama.. Pulau Manukan....


Harusla buat pembayaran dulu sebelum masuk ke kawasan pulau....


Cantiknyer....


Tapi sayang...budak-budak ni tak dapat nak main pasir...banyak batu2 kecil aje kat pualu ni...korek ajela batu2 tu....




Ini budak sudah lari...takut dibawa ke tengah laut lagi...


Sekitar pulau....


Terapi muncung ikan....


****bersambung ke Pulau Sapi pula....


Jalan-Jalan Sabah (Makanan Laut)

Makanan Laut

Inila yang dicari-cari kalau datang ke Sabah...Makanan laut atau "Seafood"...Tapi ni semua seafood bakar...Macam-macam ada...


Tengok lobster ni...besarnye...tapi harganya mencecah ratusan ringgit untuk yang besar tu....tak mampu rasanya hanya untuk seekor lobster...takpe..kita cuba makanan lain ajela.....



Ni tempat jualan makanan laut....


Ini aje hasil yang kami sempat ambil...cukupla untuk 6 orang dewasa.....dan 3 kanak-kanak........Jemput-jemput makan....