Monday 3 November 2014

Rawatan

Kesian kat kakak Syasya ni, muka dia ada 3 biji ketuat. Tak tau dari mana datangnya. Dah pergi klinik dan sapu krim, masih tiada sebarang perubahan. Sampai kawan2 sekolah dia tak nak kawan dengan dia sbb katanya muka dia ada biji-biji. Nampak tak ada 3 biji ketuat kata tulang hidung, bawah mata kiri dan bawah mulut. Dr kata ini terjadi disebabkan persekitaran yg ada virus. Tak tau apa nama saintifik penyakit ni..



2 bulan lepas ada kawan cadangkan pergi ke Klinik Kulit & Keluarga (Dr Farhat Ayaz) di Kota Damansara. Ni antara ubat yang dapat.


Dua minggu selepas rawatan....Boleh nampak, biji bawah mata telang hilang. di batang hidung dan bawah mulut masih ada sedikit kesan.

Ini gambar sekarang yang boleh dikatakan tinggal parut sahaja. Alhamdulillah..........








Kek Masam Manis

Hari ini kita cerita mengenai kek pula. Kek kita hari ini Kek Kukus Masam Manis. Ini ada resepi yang kita ambil dari mak mertua kita. Kita tak pakai tepung langsung, hanya biskut merry yang dikisar dan beberapa bahan yang lain. Antara bahan-bahan yang diperlukan adalah:

Bahan:
4 biji telur
2 cawan biskut merry (dikisar)
2 cawan gula
1 cawan marjerin
1 sudu sodium bikarbonat
2 paket "Haw Flakes"
3 botol pewarna (2 pun boleh)

Cara-cara:
Masukkan gula dan marjerin dalam 'mixer'. Putar hingga sebati, dan masukkan telur sedikit demi sedikit dan putar lagi.
Selepas sebati, masukkan biskut merry yang telah dihancurkan dalam adunan tadi dan kacau hingga rata.
Asingkan kepada 3 adunan dan masukkan pewarna untuk setiap adunan yang telah diasingkan tadi.
Kukus setiap lapisan dengan warna adunan secara berselang-seli dan susunkan "Haw Flakes" di atas setiap lapisan tersebut.

Tempoh masa: 45 minit


Hasilnya......

"Haw Flakes" yang diatas kek tu saje je letak sebab nak menghabiskan "Haw Flakes" yang ada. Dah alang-alang nak simpan.


Setelah dipotong, inilah hasilnya.......................

Sedap dimakan waktu panas sebab lembut aje tekstur keknya. Memang tak sempat simpan,