Sunday 5 January 2014

Allah Maha Mengetahui

Allah Maha Mengetahui akan segala-galanya. Walau sekuat mana kita cuba pendam dalam hati, perasaan sakit hati itu tetap terpancar di wajah kita. Kekadang kita cuba untuk menjadi kuat dari segi mental dan fizikal, tapi seperti biasa, perasaan itu tetap berbolak balik akibat hasutan syaitan. Kita sedaya upaay untuk menjadi tenang dalam setiap keadaan, tapi perasaan tidak tenteram itu tetap timbul dan muncul mengganggu emosi kita. Apa yang harus kita lakukan? Sepatutnya kita berserah dan sentiasa berdoa, kerana Allah Maha Mengetahui akan segala-galanya, Dia telah mengatur yang terbaik untuk kita. Mungkin sesuatu yang kita anggap buruk itu adalah yang terbaik untuk hidup kita. Sentiasa bersangka baik dengan Allah.

No comments:

Post a Comment